Ke-manusia-an

MASJID institusi pengajian itu penuh; seperti petang-petang sebelumnya. Satu jam sebelum iftar, mahasiswa-mahasiswa; lokal dan antarabangsa beratur mengisi talam dengan nasi dan lauk-pauk untuk berbuka secara berjemaah. 15 Ramadhan dan syukur, mereka-mereka inilah yang sudi mengimarahkan masjid untuk senja; Maghrib.

Source: http://www.flickr.com/photos/94592664@N00/4962266083/

“Lauk apa hari ini?”

“Ayam.”

“Kurma ada tak?”

“Buah oren, buah tembikai?”

Celoteh remaja-remaja ini menghidupkan suasana ruang luar masjid berjubin putih berhamparkan tikar-tikar straw. Ada yang sedang bertadarus. Ada yang sedang usrah bersama teman-teman dan ada juga yang sedang melayan perasaan di ruang-ruang kosong masjid putih itu.

Di satu ruang lapang, beberapa orang alumni institusi pengajian itu berkumpul; turut serta dalam majlis iftar itu. Syazmi dan kawan-kawannya mampir untuk melihat Ramadhan di situ; rindu barangkali.

“Teringat dulu-dulu.”

“Eh, kau ingat tak masa…”

“Cerita lama tu…”

Borak sakan mereka; borak orang berjaya. Sekarang dah jadi jurutera, usahawan, ahli perniagaan dan masing-masing dah berkeluarga. Tapi ukhuwah iftar dulu-dulu di masjid, masih terbawa-bawa sampai ke hari ini. Persahabatan, indahnya.

“Allahuakbar, Allahuakbar…”

Source: http://www.flickr.com/photos/faiz/576660020/

Laungan azan Maghrib mematikan hingar mereka yang singgah di masjid itu. Doa berbuka puasa dan doa makan dibaca. Kurma dan air disantap dahulu sebelum menjamah nasi dan lauk-pauk berat. Syazmi mula menjamah hidangan yang tersedia di hadapannya. Sesekali dia melihat sekeliling.

“Abang, boleh saya ikut makan bersama?”

 

*   *   *

 

BOLA matanya melilau melihat kiri kanan. Dia betul-betul nak pastikan tak ada siapa-siapa dalam tandas itu. Pasti. Dia cepat-cepat pulas pili air, ditadah air yang mengalir dengan kedua tapak tangan kurusnya itu. Dia hirup dan ah, leganya! Rasa dahaga ghaib dari dirinya dan dengan selamba lakonan, dia keluar dari tandas lelaki blok itu.

“Lama.”

“Sakit perut.”

Syazmi terpaksa berbohong. Dia bukan tak mahu turut serta dengan rakan-rakannya menikmati juadah di kafe tengah hari itu. Dia tidak mahu menyusahkan rakan-rakannya. Dia tak mahu mereka rasa simpati terhadapnya. Kalau mereka tahu dia tidak berduit, pasti mereka akan membelanja. Tapi Syazmi segan.

“Kami dah habis makan. Kau tak makan?”

“Aku dah makan.”

“Tapi kau di tandas sahaja tadi.”

“Aku dah sarapan berat pagi tadi. Masih kenyang.”

Maafkan, monolog Syazmi.

 

*   *   *

 

USAI kuliah tengah hari itu, Syazmi laju mengemas peralatan belajarnya. Entah apa yang dikejarnya. Teman-teman sekelasnya pun turut mengemas, tapi tidak sekalut Syazmi.

“Syazmi.”

Syazmi terhenti mengemas. Cepat dia mencari pemilik suara yang menegurnya. Dia berpaling ke belakang dan matanya menangkap Ariena dan Hawa yang terpacak melihat kekalutan dia, sambil tersenyum.

“Jom makan,” ajak Ariena, mesra.

“Tak lapar.”

“Saya belanja.”

“Tapi…”

“Jom.”

Syazmi terpaksa menurut. Puas dia menolak, tapi ternyata Ariena lebih pantas menang. Dia ikut Ariena dan kawannya itu dari belakang, diam. Sambil melangkah, dia memaksa otaknya memikirkan alasan yang sesuai untuk menolak sekali lagi.

“Ariena, saya minum sahaja ya.”

“Kenapa?”

“Ada hal.”

 

*   *   *

 

“SYAZMI sihat?”

“Alhamdulillah, sihat. Mak?”

“Alhamdulillah…”

Mak, orang yang paling Syazmi hormat. Dia lebih kenal mak daripada yang mak tahu. Mak kurang sihat sebenarnya. Mak sakit memikirkan dia. Abah pun sama, tapi abah tak banyak bercakap. Abah fikirkan kerja sahaja – bukan, abah terpaksa fikirkan kerja sahaja.

“Duit bulan ini…”

“Syazmi ada baki lagi, mak.”

“Betul?”

“Ada banyak lagi. Mak jangan fikirkan sangat.”

Lagi sekali Syazmi terpaksa menipu. Dia menafikan keadaan sebenar dirinya. Dia tak mahu mak dan abahnya yang susah-susah. Usai berbual di talian, dia sambung baring-baring di katil; berfikir. Betapa dia susah, tapi ada yang lebih sengsara di luar sana.

Aku nak maju; nak berjaya untuk bantu mereka yang senasib, monolog Syazmi.

 

*   *

 

 

“ABANG, boleh saya ikut makan bersama?”

Dia yang berbaju lusuh, berseluar lama segan-segan menegur Syazmi. Syazmi merenung wajah budak itu dalam-dalam. Ya, memang tak setaraf kalau mengikut logik manusia. Tapi kemanusiaan menidakkan hal remeh itu.

“Duduklah. Dah azan tu. Makan, makan.”

Dalam kumpulan alumni itu, budak tadi duduk bersila, masih malu-malu. Syazmi dan sahabatnya mempersilakan dia makan, melayan dia dengan baik. Ini yang akan disoal nanti; bukan status dan pangkat aku, bisik hati kecil Syazmi – puas.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: