Baru

new year fireworks, twin towers 2013_1Bercakap(menulis) tentang yang nyata – selepas 2012, datang 2013.

Tahun baru.

Topik tipikal; azam, tunai azam, azam tak tertunai dan apa-apa sahaja yang baru. Sekilas melayan laman-laman sosial(saya ada Twitter dan FB), tahun baru sekurang-kurangnya menenggelamkan isu-isu politik semasa dan kebebalan ‘keyboard warriors’ yang petah main kata, kononnya tukang kata. Nak tengok apa yang lama?

…sedikit pesimis…

Lega. Hari ini negara sangat aman – kata orang luar la. Semua bangsa bersatu. Nepotisme, kronisme, ‘double-standard’ dan seerti sekadar himpunan aksara, bukan realiti. Semua orang boleh semeja berbincang, mengeluarkan pendapat dan mengamalkan ‘6 thinking hats’. Semua orang boleh bersuara dan yang paling primer, didengar.

Di Puduraya, Masjid Jamek, lorong-lorong dah tak ada orang-orang lokal ketiduran. Dah tak ada pakcik dan makcik yang menjual tisu sambil bermain alat muzik di atas jejambat, di lorong pejalan kaki. Suratkhabar juga untuk dibaca dan digali ilmu dan info, bukan lagi katil empuk di pondok menunggu bas, belakang bangunan-bangunan ataupun sekadar kertas tertulis berita-berita hiperbola melebat dan picisan selebriti.

Remaja produktif, bukan ‘produktif’. Dah tak ada remaja yang menghasilkan anak tak sah taraf. Ikhtilat terpelihara. Lega. Malam tahun baru dah tak ada kes remaja macam dulu-dulu. Semua ‘behave’ – bak kata orang putih. Malah, remaja hari ini semakin ligat berfikir macam budak rempit dan budak ‘fixie’ atas jalan, mencari peluang hasil.

Di laman-laman sosial, dah tak ada orang-orang meludah langit. Dah tak ada bergaduh sesama sendiri – walaupun seagama, sekaum. Semua hormat pendapat orang, bergebang penuh susila. Orang kira dah matang 2013 ni.

Perang dah tamat macam Malique cakap. Piramid mata satu, Zionis, polis dunia semua dah tinggal kenangan. Dunia dah lupa apa istilah ‘perang’. Tengok anak-anak peperangan dah boleh main guli, ligan-ligan dan bersekolah, tenang. Dah tak ada bom sana, bom sini. Yang ada hanya lelatu, lagi-lagi di malam tahun baru.

…sila baca dengan nada menyindir.

Tahun baru, masa berlalu. Tetapi masih ada yang belum selesai. Ini membimbangkan – untuk orang-orang yang berfikir. ‘Mood’ tahun baru? Itu sekadar tarikh. Apa yang lebih perlu kita bimbangkan adalah umur – sebab itu bukan sekadar angka. Adakah kita nak mati sekadar sebagai seorang yang lepas tangan?

Takutkan risiko? Lintas jalan juga berisiko.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: