Category Bahasa Melayu

Di Sebalik Usul Pindaan RUU 355

Suara ahli Parlimen Marang, Abdul Hadi Awang, serak-serak seakan sebak ketika membacakan usul untuk membuat pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) ketika sesi Dewan Parlimen pada 24 November yang lepas. Hadi Awang mengusulkan untuk undang-undang yang sedia ada dinaiktaraf siling hukumannya kepada penjara maksima 30 tahun, denda tidak melebihi RM […]

Sepetang Bersama Tuan Ambassador

*Penulis sengaja menggunakan rojak bahasa Melayu-Inggeris untuk menggambarkan dinamika Melayu urban di ibu kota. Petang itu panas bahangnya bukan seperti yang biasa aku rasai. Terik mentari terasa sungguh biarpun aku duduk dibalik teduh Royal Golf Club Café. Sengaja aku pilih untuk merehatkan mata di kawasan luar café — pemandangannya lebih menarik kerana berdepani lapangan golf yang hijau […]

Roda Pusingan Pendidikan Tinggi

“Hooray! Hooray!” Riang gamatnya pagi itu tatkala tersebarnya berita baik dari kota London. Ahmad, si pembawa berita, terkial-kial memaparkan tweetfeed—yang telah sejak tadi ditelaah beliau—kepada Pak Menteri. “World Champions: Varsity Team from Malasia Defeated Oxford University to Win the Intellect Championship” Pak Menteri tergagap-gagap membacakan paparan berita ringkas tersebut dalam bahasa Inggerisnya yang kurang fasih. […]

Di Sebalik Tabir #SayaZahra: Satu Kerapuhan Pemikiran Mahasiswa Tempatan

#SayaZahra. Ungkapan tersebut semakin kuat bingitnya semenjak-dua ini. Siapa yang boleh lupakan ucapan Zahra yang lantang menyuarakan kegusaran anak-anak muda tentang kenaikan kos sara hidup? Memang tidak boleh dinafikan bahawa keadaan ekonomi semasa semakin dirasai oleh lepasan ijazah yang sentiasa mendahagakan lebihan rezeki untuk dibawa pulang. Penulis sendiri bersetuju dengan gusaran hati saudari Zahra, dan […]

Kekecewaan Harapan Rakyat di sebalik Kemelut Politik Pakatan (Versi Bahasa)

*Penulis tidak dapat menerima alasan keneutralan politik seseorang. Seorang rakyat yang prihatin tidak akan mengabaikan hak yang telah dipertanggungjawabkan oleh Perlembagaan Persekutuan sambil mengadu dan mengeluh akan situasi politik semasa. Walaupun hak untuk tidak memilih mana-mana pihak itu sendiri merupakan satu pengertian hak, penulis yakin bahawa pilihan yang aktif lebih mampu memberi impak meluas dalam […]

Bukan Dyana Jawapannya untuk Memenangi Hati Pengundi Muda Melayu (Versi Bahasa)

Strategi terbaru DAP untuk meletakkan calon muda berbangsa Melayu; Dyana Mohd Daud dalam pilihanraya kecil baru-baru ini telah membuka semula persoalaan berkenaan perubahan corak politik baharu. Perkembangan ini tidak kurang menariknya memandangkan Dyana sendiri merupakan seorang produk keluaran UiTM-sebuah universiti eksklusif untuk warga Bumiputera-selain daripada penglibatan keluarganya dalam UMNO. Ramai yang beranggapan bahawa langkah berani […]

Baru

Bercakap(menulis) tentang yang nyata – selepas 2012, datang 2013. Tahun baru. Topik tipikal; azam, tunai azam, azam tak tertunai dan apa-apa sahaja yang baru. Sekilas melayan laman-laman sosial(saya ada Twitter dan FB), tahun baru sekurang-kurangnya menenggelamkan isu-isu politik semasa dan kebebalan ‘keyboard warriors’ yang petah main kata, kononnya tukang kata. Nak tengok apa yang lama? […]

1001 Merdeka

oleh: Shafiq Mazlan 31 Ogos; lagi – penta-puluh lima selepas 1957. Masih akan macam dulu-dulu juga, kecil sayup-sayup sahaja sukma remajaku berbisik. Dalam kesibukan melayan usia mengenal dewasa, mana mungkin aku dapat nafikan suara hati sendiri. Aku bukan lagi kanak-kanak berhingus yang masih makan bersuap; macam dulu-dulu – tak perlu fikir masalah keluarga, masalah negara, […]

Ke-manusia-an

MASJID institusi pengajian itu penuh; seperti petang-petang sebelumnya. Satu jam sebelum iftar, mahasiswa-mahasiswa; lokal dan antarabangsa beratur mengisi talam dengan nasi dan lauk-pauk untuk berbuka secara berjemaah. 15 Ramadhan dan syukur, mereka-mereka inilah yang sudi mengimarahkan masjid untuk senja; Maghrib. Source: http://www.flickr.com/photos/94592664@N00/4962266083/ “Lauk apa hari ini?” “Ayam.” “Kurma ada tak?” “Buah oren, buah tembikai?” Celoteh remaja-remaja […]

Dari Belakang Masjid

          by Syafiq Mazlan MAGHRIB hari itu deras pergi dari siang – memberi laluan kepada malam tampakkan dirinya. Purnama yang kejap suluh kejap rajuk nurnya tinggi di dinding langit. Pungguk yang merindukan bulan terus tenggek bersahutan, penuh pengharapan. Berpayung langit kelam, seantero manusia masih ligat macam gasing dengan urusan kendiri yang […]